Tuesday 19 August 2014

SEPAHTURIOUS Beraya Beria2 Sampai Gila!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Sebelum mula cerita nak mintak jasa kawan2 untuk sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham ayah kepada kawan saya Nurul.
*Al-Fatihah*
.



.


.



.


.


.


Okey! Dah boleh cerita perjalanan paling GILA sepanjang SEPAHTURIOUS beraya pada 10 Ogos yang lepas.
GILA!! Sangat GILA!!!
Serius! GILAAAA!!!
*actually, Sepahturious sendiri mmg GILA*

 Kami memang dah plan nak beraya ke Johor ni sejak lebih seminggu sebelum Majlis Berbuka Puasa : Sepahtu bersama Anak2 Yatim Rumah Perlindungan Nur Qaseh. (Panjang nor nama event tu kan~). Kemain lama lagi merancangkan. Alhamdulillah kami pon berjaya buat juga XPDC beraya ni. Walaupun ekspres gila persiapan. Van pon baru kompom sewa pada hari rabu. Siap sewa dengan pemandu Kauuu!! Kesian kat Angah nanti, nak kena bawak van pergi dan balik. Johor dengan KL bukannya dekat. Lagi2 Kulai. Jauh tu...

Kami dah bercadang untuk berkumpul kat Terminal Bersepadu Selatan. So senang untuk pemandu amik kitorang. Takdelah satu hal nak 'kutip' sorang2 kat tempat2 yang berbeza. Mula2 ingat nak jumpa Nurul. Nurul terpaksa batalkan hasrat dia nak join kitorang sebab nak balik ke Batu Pahat. Ayah dia sakit (ketika itu...) tapi aku lambat sampai. Dia dah naik bas jam 11 pagi. Sebab pagi tu rumah aku tak ada air pulak. Susah la aku nak mandi. Aku memang dah cadang nak mandi kat TBS. Dah siap2 dah nak keluar rumah dalam jam 9 pagi, aku check la kejap kat paip. Ada pulak air!! Aku memang dah rimas sangat2, malam tadi pulak mmg panas. Aku decide nak mandi dulu. Tu yang membuatkan aku lambat. Ralat sungguh aku rasa. Bengang pon ada!!!

Sampai2 je aku kat TBS aku berjumpa dengan Sis Aini yang menonong jer berjalan. Berani dia tak nampak aku?! Hahahaha. So aku pon tegur la.. Pastu dia cakap dia ternampak kelibat lembaga iras2 Aifa menuju ke atas. (actually, gua pun nampak kelibat beliau). Nak dipanggil risau salah orang. Aku xada keberanian yang cukup untuk memalukan diri sendiri. So, dengan kepandaian yang masih bersisa 20% dalam kepala otak aku masa tu. (lagi 80% stuck, sebab tak cukup tidur. Panas!!) Aku pon contact Aifa guna WhatsApp. Minah tu tak online plak. Aku pon menganggap isu Aifa ni bukanlah sesuatu yang penting sangat. So aku cadangkan kat Sis Aini untuk makan dulu. Memandangkan aku memang tak makan apa2 sejak malam tadi.

Kitorang g kat food court aje. Teruja dengan sistem yang dorang gunakan. Bayar dulu di kaunter untuk ambil kad - order - bayar guna kad. Kalau ada baki dekat kad tu, korang boleh ambil baki semula kat kaunter yang korang buat bayaran mula2 tadi.
*kemain promot ye nyaaaah~*

Masa tu yang lain2 belum sampai lagi. Memang aku ambil kesempatan gila2 untuk makan lambat2. Makan lambat2 pon boleh tersedak. Tersedak bagai nak mampos plak tu. Siapa la yang sebut2 nama aku masa aku tengah makan nasik lemak ayam goreng ala kfc tu. Pastu, sorang2 inform dekat WhatsApp yang dorang dah sampai ke TBS. K. Long Kawasan Serdang pon dah bagi arahan untuk turun ke bawah. Matila naaaaaakkk~ Makanan tak habis lagi. Dengan tenaga yang masih ada aku cepat2 habiskan nasik lemak yang bersisa hampir sesudu setengah.
*Hahahahahahaaa*

Latest aku baca kat WhatsApp, Liza ade dekat lobi TBS. Aku mencari2 jugak budak bawah umur ni. Risau kot2 kitorang dah sampai Muar, dah pekena Kuey Tiaw Pale Mee Bandung K. Az, baru budak ni merengek2 cakap dia dah kena tinggal. Bukan boleh percaya budak2 bawah umur ni. 
Cari2 memang tak jumpa. Gua dah plan nak turun je, tiba2 dia keluar dari sebalik tiang. Poyo sangat bergurau macam tu. Serius tak kelakar langsung!!

Kitorang singgah kat kedai runcit (tah ape nama ntah) untuk beli kudap2 masa dalam van. Liza pon belum sarapan lagi, so dia belilah roti. Sis Aini beli jeruk. Aku pulak beli air 100 Plus je, aku memang tak suka makan dalam perjalanan. 
(Walaupun hampir habis jugak kuih yang Faa bekalkan untuk kitorang, aku bedal)

Kitorang pun turun la ke van yang kami sewa. Rupa2nya semua dah tunggu dekat van. Kitorang pulak elok je berlenggang kingkong ke van tu. Dalam hati dah bajet2, mesti k.long & lain2 dah berbakul2 mencarut kami yang lambat datang ni. (Hahahaha... Peduli pulak aku!).
Tapi ada seperkara yang buat aku peduli bila Siti-Erah-WinWin cakap kat aku tayar van tu kecik dan driver kami tu pandu macam GILA!!! Tadi masa nak keluar rumah, dia dah terlanggar kereta Myvi sape ntah. Aku pun dah mula fikir bukan2. Tapi taknak lah gelabah sangat. Hilang macho aku nanti. Kami pon tak borak panjang terus masuk dalam van dan gerak ke destinasi pertama iaitu Muar, Thailand.

Nak borak panjang pon buat apa? Kan satu van, boleh je nak borak sepanjang perjalanan.
Malangnya semua itu hanya rancangan. Belum lagi keluar dari kawasan KL, driver yang kami selesa panggil pakcik saja (sebab xtau nama) dah bawak macam orang mengantuk. Macam dah 5 hari tak dapat tidur. Aku yang duduk paling belakang dengan Aifa memang terasa serabut perut la hooooi... Tiba2 pakcik ni brek mengejut ke tepi jalan. Kami macam terpinga2. Dalam hati aku ni dah berdoa2, janganlah ada masalah kat van ni. Tak sanggup aku nak menghadapi perjalanan jauh yang penuh liku macam yang selalu aku tengok dalam telemovie hari raya kat tv tu.
*kebetulan pulak memang tengah nak beraya*
Kami nampak pakcik tu tengah basuh muka dengan air mineral yang dia bawak. Demmit! Ni mesti dah mengantuk! Kepala otak aku yang masih berbaki 12% kepandaian ni cuba nak merangka2 apa yang perlu kitorang lakukan. Malangnya dengan baki kepandaian yang sebanyak itu tak mampu nak membuatkan aku berfikir macam **** (malas mention nama!)
:3

-selingan-
Depan : Siti & Angah
Belakang : Aifa & Aku
Sempat lagi nak selfie di dalam van yang macam bot - terhoyong hayang!
Masing2 semangat pakai baju kilang SEPAHTURIOUS!!!
Hahahahaaaa...
Pakcik tu pun sambunglah perjalanan. Dalam perjalanan nak ke Muar sahaja aku agak2 dalam 3-4 kali pakcik tu berhenti. Tak kira lah berhenti tepi jalan takpun RnR. Perjalanan ke Muar yang boleh kata hanya makan 2 jam lebih dah jadi dekat 3 jam. Program balik hari kan. Taknak la nak bazir2 masa. Hati masing2 dah berbulu je. Selebat karpet bulu yang selalu dilekatkan di dada Azlee Khairi. Eh?!
*marah lak Liza nanti*

Sampai saja kami ke Muar, bulu2 yang berada di hati kami tadi mula luruh sedikit demi sedikit. Kemain berbunga dah hati memasing. (Dah bunga pulak!!) Semua dah fikir makanan apalah yang K. Az akan hidangkan kat kami masa kami sampai nanti. Aku dah bajet2, mesti K. Az nak hidangkan Mee Bandung Muar...dan memang ya, K. Az hidangkan makanan tu. (Malangnya aku tak sempat nak merasa, sebab penuh gila perut time tu) K. Az ada jugak hidangkan Spegati Bolognese (aku tau aku dah salah eja, diam2 sudah) dan Laksa Johor (MY FEVERET!!!!!). Disebabkan Laksa Johor tu lah yang membuatkan perut aku dah penuh dengan kasih sayang yang K. Az limpahkan kepada kami.
*sweet kan SEPAHTURIOUS!!*

-selingan-


Budak2 kilang tengah berehat
*gambar pakej 1 van*
Masing2 dah tukar uniform
Dari kiri : Angah, Sis Aini, K. Long (yg kelihatan kurus), Aku (yg maintain gemok), Faa (depan aku), Aifa (belakang Faa), Liza (depan Aifa), K. Az (belakang Liza) dan Siti (depan K. Az)
*memang aku rajin taip depan-belakang-depan-belakang nih!!*
Kami diarahkan tanggal cermin mata sebab silau. Aku tengah mencarik2 lubang camera.
Serius macam mencari semut hitam, di atas batu hitam di malam yg kelam.
*perumpamaan*
K. Long dengan K. Az
*K. Az dah nak masuk kerja shift malam*
Babaai K. Az, thanks for the osem giler foods and cekelat Langkawi. Keja leklok. Jgn balik lewat sangat.
:p
So tibalah perjalanan kami ke Kulai pulak. K. Long dengan pailangnya dah bagitau pakcik tu suruh keluar tol dan masuk ikut tol Kulai. Pakcik tu memandulah van tu dengan penuh machonya.(Walaupun...)

Agak dalam sejam lebih dalam van, tak nampak pulak dia keluar mana2 tol. Sedangkan dalam anggaran dari rumah K. Az dengan tol Ayer Hitam taklah jauh sangat. Ni citer kalau dia guna jalan kampung ke Kulai mau kul 9-10 pulak nak sampai rumah Mama Shuib. Dah bila pulak nak pergi rumah famili Jep?

Perjalanan masih diteruskan. Sampailah ke satu simpang di dalam kampung. Lepas tu pakcik tu tiba2 nak U-turn. Bulu kat hati kami yang baru je luruh tu mula tumbuh balik. Kali ni tumbuh lagi lebat dari yang sebelumnya. Dah lama menonong bawak van tu, baru perasan dah salah jalan?? Kendian dia masuk ke dalam Balai Polis Lenga. Menguatkan lagi lah firasat kami yang dia dah tersesat. Sementara dia berjumpa dengan polis kat dalam tu, kami sempat mencarut dalam 3 bakul rotan dah. Tahlah van tu bocor kat bahagian bonet. Aku dah kebasahan dah kat belakang. Aduhaaaaaaiii~~

Lepas dia dah settle ngan polis kat dalam tu. Dia terus masuk dalam van dan start enjin. Tak ada langsung nak bagitau kitorang apa dah jadi apatah lagi nak mintak maaf dan mengakui silap dia yang dia dah tersesat. Aku masa tu muka dah tak ada senyum lagi dah. Dalam hati ni memang dah mencarut tak berenti2 dah. Punya lah sakit hati. Jauh pulak tu nak patah balik. Dan pakcik ni pon memang dah agak dia memang dah jauh tersesat. Dia bawak laju memang tak hengat la. Bayangkan jalan kampung ko bawak laju2 nak dekat 180km/j. Kalo accident, mati tak pasal2. Dahlah semua yang menumpang tu anak dara semuanya. (KAMI MASIH DARA). Pakcik tu memang aku tak ambik kesah lah dia tu kahwin ke, bujang ke atau duda. Pikirkan diri kami aje ni. Aku kat belakang dah menyindir2 la, xtau pakcik tu dengar atau tak.

"Kalau tau macam ini, tak sewa pemandu lagi bagus"

Dipendekkan cerita, Kami sampai ke tol Kulai dalam jam 8 malam. Cyiira dan kawan dia dah tunggu di tol Kulai dari jam berapa aku tak sure la. Dia memang nak follow kami ke rumah Mama Shuib & Jep. Sampai2 je kat rumah Mama kami terus serbu makanan.

*tadaaaaaa*
Gambar SELEPAS je sempat ambik sebab makanan sampai satu persatu.
Hidang je kaut~ Hidang je kaut~
-Nasi Himpit, Rendang Ayam Kaw, Sambal Goreng Jawa dan Tembikai-
(Tak lupa jugak Mama hidangkan kami Kopi Shuib)
Kami makan cepat giler, secepat pakcik driver bawak van tadi. Kami cepat2 sebab nak kejar ke rumah famili Jep di Kg Melayu Kulai. Kesian Mama, sebab kami singgah sekejap sangat2. Dia dah masak macam2. Nampak sangat macam kami singgah sebab nak makan jer. Huahuahuaaa..
InsyaAllah Mama, next time kami singgah lama ke Kulai. Masa tu kita bergosip non-stop ok!
Thanks jugak Mama bagi kami merasa Kopi Shuib yang super osem tu. Kemain 'kembang' masing2.
*kbai*

-selingan-
kenangan kat rumah Mama Shuib. Kali kedua aku singgah selepas terjahan pertama masa MLM2013 kat Johor ri tu.
Part nak ke rumah famili jep ni aku kira agak kelakor la perjalanannya. Sebab dah masuk taman ni pastu keluar, masuk balik. Cyiira yang follow kami pon mungkin dah pening sebab alih2 tempat yang sama je kami pusing. Sedangkan dah guna Waze dah tu. Masa dah dekat nak sampai ke Kg Melayu Kulai tu, kami sesat lagi. Yang tak boleh blah, Waze tu bawak kami betul2 depan Tokong Buddha yang agak menyeramkan dengan patung2 yang besar dan menakutkan ditambah pulak keadaan sekeliling yang gelap dan sunyi. Siap Waze tu cakap "You arrived your destination". Kepala hangguk ko!! Aku tengok patung2 kat tokong tu macam pandang je ke arah van kami (hampes sungguh!!). Tahla malam tu Malam Hantu Cina (ntahlah betul ke tak sebab aku nampak ramai orang cina main bakar2 kertas depan rumah dorang). Menambahkan lagi seram masa tu.

Kami pon turun balik ke terminal bas (kot~). Terminal di mana Mak Jep ada bukak gerai makan kat situ. Tadi dah lalu tempat ni sebelum naik ke bukit yang bawak kami ke tokong tadi. Aku cam tempat tu, bermakna kami memang tak jauh dari rumah Jep. Sebelum tu pun aku memang dah nampak rumah Jep, tapi aku tak sure betul ke tak sebab dah malam. Kang kalo salah aku jugak yang kena pijak berjemaah dengan budak2 Sepahturious yang lain. Tak pasal2 jadi tragedi.

Dipendekkan cerita, last2 kami jumpa jugak rumah famili Jep. Naik2 je tangga Istana Takeshi rumah Jep tu terus aku nampak benda bercahaya naik ke atas. Mati2 aku ingatkan famili dia pasang flare. Lepas tu berdentum dentam langit. Si Wawan pasang bunga api yang macam time merdeka tu


Begitulah kemeriahan bunga2 api ala2 time merdeka gitew. Kami yang memang pantang dengan benda2 yang AGAK havoc sikit mulalah jadi cigak (atau beruk/monyet/kera bak kata ughang kampau). Masing2 terjerit macam disampuk polong, pocong dan hantu kak limah. Meriah memang meriah. Tapi masuk2 je rumah terus diam. Sampai Abg Akim bahan kitorang lah.

"Diam je semua. Ada tahlil ke?"

Lepas dia bahan tu kemain pecah gelak memasing. Lagi2 K. Long dengan Siti. Ringse pulak bijik mata aku tengok. Lagi2 K. Long, belum apa2 dah menggelupit nampor2 belakang aku. Nyaris la K. Long Kawasan. Nyaris laaa...

Kami disajikan dengan bermacam hidangan. Aku ni kalau pergi rumah orang untuk beraya aku mesti terjah kuih raya rumah tu dulu. Tapi kat rumah Jep aku tak boleh makan dah. Perut dah penuh dengan makanan dari rumah K. Az dan Mama. Nasib baik ruang untuk makanan berat masih ada. (Boleh pulak macam tu?). Mak Nab, Kak Ain dan Kak Khaty tgh setup meja untuk hidangan kami. Aku nak jeling2 jugak, tapi segan. Bukan segan apa, segan kalo kena bahan dengan adik beradik Jep. Akak ta kuad diiiiiikk~~

Jeng! Jeeeeeeeng!!!
Mee Rebus Mak Nab!!!
*ok! bukan mee tu rebus Mak Nab. Tapi Mee Rebus yang Mak Nab buat. Aku yakin korang paham maksud sebenarnya ni. Aku yakin!!*


Koktail buah
(tak perlu makan dengan panadol mahupun Xtive Fast)
*teringat K.long dengan Siti kata "Sedapnya" serentak. rase nak lempang je dua2 tu. kebetulan duduk kiri dan kanan aku. tak abis2 buat aku ringse*
-gambar kuih lopes tak sempat nak rakam dengan jayanya sebab semua dah kekenyangan dan pikir nak balik je-
hahahahaaaa
Sebelum bertolak balik ke KL, kami berjimba-jimbit seketika dengan menangkap gambor berpuluh ribu. *tipu jer~*

Tepi la Angah! Orang nak tangkap gambar kite laaa!!!
Aku! Sentiasa Macho...
*tajuk novel aku yang akan release 90 tahun lagi*


So ini lah pengakhiran cerita beraya kami. Ikutkan panjang lagi nak citer. Lagi2 time perjalanan balik ke KL. Perjalanan yang penuh dengan penumbuhan bulu2 di hati. Sungguh BERBULU! Tapi aku malas nak ingat lagi dah hal yang lepas. Aku nak ingat kenangan2 yang menyeronokkan dengan SEPAHTURIOUS je.

*dan iktibar untuk kami, pasni jangan amik DRIVER LAGI DAH!!!!*
.


.


.


.


.




Hari tu aku ada tanya Bella, "hari ini hari Rabu ke?" Dia jawab "Ha ah. Tiket murah...".
*Nampak tak dia nak panaskan ketiak aku. Tau la selalu pergi tengok wayang!!*

 Jom Sepahturious!!! Kita tengok citer Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Tengok trailer dia pon cambest je. Dan jangan lupa!! 16 Ogos ini jam 12 tengahari melepak la korang depan Astro Warna or Mustika HD untuk tengok Sepahtu dalam telemovie Bujang Sepahtu Lenggang Kangkung.

Oklaaaa... setakat ini je la entri aku kali ini. Panjang giler dah aku menaip. Mau makan masa seminggu nak karang entri nih. Hahahahaa. Pasni nak citer pasal open house kat rumah Aifa pulak. Dia dah panaskan line kat WhatsApp dengan gambo2 makanan yang dia akan hidangkan ESOK!!!
.


.


.


.
~test! test! 1-2-3!!~
Terima kasih kepada semua yang mengundi saya selama ini sampailah saya dapat merangkul gelaran SEPAHTURIOUS paling hensem.
LIHATLAH DUNIA!!

Hahahahaa...

Jangan lupa untuk menantikan press conference Anugerah Lawak Warna pada 25 Ogos nanti. Lepas tu jangan lupa mengundi Jep untuk Kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular.
Biar Jep menang lagi dan lagi dan lagi..
Biar MATI cendawan2 yang tak kena budi
Yang cuba nak tengok kerjaya orang lain mati
Jangan bagi peluang lagi kali ini
*sajak ke pun?*


ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment