Sunday 31 August 2014

SEPAHTURIOUS Serbu Open House K. Long

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebelum mula cerita nak mintak jasa kawan2 untuk sedekahkan doa untuk Abang Ngah kepada sahabat SEPAHTURIOUS kami iaitu Lola yang mengidap Kanser Usus (kalau tak salah) dah peringkat ke-4. Semoga kesihatan mereka beransur pulih seperti sediakala. Aamin...
*Al-Fatihah*




.










.






.







Ok! Sebenarnya aku dah terlambat gila nak update pasal open house rumah K.long.
Aku sangat-sangat-sangat sibuk dengan urusan kerja. Last week aku tak cuti pun sebab nak settlekan stok2 Inspy Coffee with Catuaba dan The Perfume Story dekat ofis. Sekarang ni bos aku ada join beberapa event untuk perkenalkan produk2 dari syarikat dia. Sekarang ni dia ada dekat #SinarFiesta #MerdekaCelebration depan Ampang Park. For more detail, boleh klik SINI.

.


.


.

Ok. Cukup, cukup sudahlah aku iklan produk dekat sini. Sekarang aku nak ceritakan pasal open house kat rumah K. Long. Sebenarnya, K. Long buat 2 majlis dalam satu nafas hari tu. Majlis open house dikacukkan dengan majlis cukur jambul dak Iris Tihani. Makanya, makanan yang dihidangkan sangatlah super power menggugat iman aku yang senipis bayang2 nih. Waklu~ Memang menduga siot!! Pagi ahad tu aku masih kerja, bersusah payah aku nak mensettlekan stok Inspy Coffee untuk pek peraduan a.k.a voucher tu. Risau kalau2 stok yang sedia ada kat KUIS dah habis, tiba2 stok kot opis xada lagi. Mampos aku kena sula ikut telinga dengan makian bos. Akak ta kuad dek... Ahaks~ 

Dalam masa aku kerja tu, K. Long tak habis2 nak memanaskan ketiak aku dan SEPAHTURIOUS yang lain. Dia pos gambar2 makanan (yang kebanyakannya aku tak sempat makan... Dan memang feveret mak,naaak) 


Ini kuah laksa super mabeles







Kuang hasam sangat khaaaannzzz... Mengancam jiwa tol makanan2 dia.

Aku dah jenuh berwirid kat opis setiap kali k.long hantar gambar kat group WhatsApp. Memang jilakak comel sungguh perangai beliau. Aku tahlah sarapan kueytiaw pedas nak mampos pagi tu. Makan2 terus menandas aku pagi tu jugak. Tak sempat nak kenyang lama. Actually, aku tak sure sebab kueytiaw tu pedas sangat atau sebab effect aku demam. Aku kalau demam memang usus besar aku rajin merembeskan enzim2 pelawas dengan sepantas hembusan bersin. Hari tu aku keluar opis awal. Memang aku dah cadang jam 3 petang aku nak memberambuskan diri aku dari opis nak ke rumah k.long. Aku dah deal dengan Siti nak berkumpul kat KTM Serdang. Senang naik satu teksi je ke rumah k.long nanti. 

Aku mati2 ingat aku dah lambat gila nak sampai ke KTM Serdang tu. Kemain aku ligan teksi sebab nak ke KTM Salak Selatan sambil bawak beg besar bagaknye. (kengkonon nak tido umah k.long, esoknya dia kata nak hantar aku gi opis pagi tu. KONONNYE LAAA...) Bila aku dah sampai kat KTM Serdang tu aku kena menunggu Siti, Faa & Milo. Kemainlah aku menunggu dorang kat KTM tu sampai 3 train berlalu dengan harapan yang hampeh. Ni, kalau aku pakai baju biru Sepahturious tu, mungkin orang dah ingat aku ni pengawal jaga gate keluar-masuk KTM tu, sebab lama betul aku dok lepak dekat bahagian menunggu train tu. Tak naik2 pun, memang dah sebijik macam pengawal. Dengan muka kerek taknak senyumnya. Kalau aku apply kerja situ, kompom hari tu jugak aku dah boleh start bertugas. Mungkin hari itu jugak aku boleh dapat elaun gaji dan bonus 5 bulan bekerja. 

Aku dah bengang menunggu budak 3 orang nih. Data plan aku plak sakai nak buat hal. Tak boleh nak main internet. At least boleh jugak aku guna internet untuk mintak nyawa kat fb sebab nyawa Candy Crush aku dah abis masa tu. Asyik2 mati je. Aku agak dah sebulan lebih aku stuck kat level 125. Siotlah! Tak ada siapa pun nak tolong aku bagi extra move. (Dah kenapa nak marah pasal Candy Crush lak nih?) 

Sampai2 je budak 3 orang tu, boleh pulak dorang bercatwalk macam host Primadona. Nak je aku ketam ketiak masing2. Aku dahlah tengah demam. Kitorang tak banyak borak sangat, terus ambik teksi nak ke rumah K.long. Dalam perjalanan nak ke rumah K.long aku memang banyak diam. Bukanlah sebab bengang, tapi aku demam. Muka aku ni rase panas macam nak bengkak. Driver teksi tu pulak muka nak poyo2 macam kitorang naik teksi dia tak bayar dulu. Ikutkan hati rasa nak sekeh2 aje kepala dia. Tapi bak kata Teha... 

"nasib baik kau I***A" 

Sampai aje kat rumah K.long, aku panggil Angah sebab nak melepakkan beg aku dalam kereta dia kejap. Rumah K.long tengah ramai orang time tu. Takkan aku nak terjah masuk sambil bawak beg lari rumah balik kampung tu. Apa pulak orang kata nanti. Lagi2 bakal adik ipar K.long tu. Muakakakakakaka!!! 

Masa kami sampai tu hujan dah turun rintik2 manja. Langit pulak agak2 dah menunjukkan tanda2 nak hujan lebat. Cyiraa, Aifa dan Angah dah sampai awal sebelum kami. Kitorang cam biasa, bila dah berjumpa mesti nak salam2, comolot bagai. Feeling2 macam bertahun tak jumpa sedangkan Rabu tu dah jumpa masa tengok Super Lawak FC main bola kat Stadium 3K. 

K. Long pulak sudah mengguriskan hati aku sebaik aku nak comolot ngan dia. Dia kata aku tak boleh nak tidur rumah dia sebab malam ni dorang nak pi Janda Baik punyeeer. Esok nak mandi-manda baq hang!!!
Aku benci K.long! Aku benci! Benciiiik!! K. Long penipu!! Pendusta!! Pengkhianat!!
Disebabkan aku benci dengan K. Long aku pun terus menyedok 2 sudu pulut kuning, 4 sudu kari daging, hampir 6 potong atau lebih lemang dan 4 ketul kek minyak ke dalam pinggan polisterin yang tersedia di tepi meja. Nampak tak betapa kuatnya rasa benci aku dengan K. Long?? Habis makanan2 tu menjadi mangsa keadaan. Kesian mereka. Sob! Sob! 

Masa aku duduk di meja makan yang kami share dengan tetamu lain, aku dah terpandang se-jag air kopi panaaaazz terhidang kat meja tu. Aku dah bernafsu sangat dah dengan aroma kopi yang menarik2 bulu hidung aku ketika itu. Nakal sungguh!! Bencik tau~ Aku mula2 buat xlayan je dengan air kopi yang menggiurkan tu. Imej kena jaga walaupun tak ada sesapa pun yang nak usha aku time tu. Biasalaaa.. Aku kan poyo. Hahahahaa... Tapi bila Abang Zaid nak angkut jag kopi tu ke tempat lain. Segala bulu2 kat tubuh aku terus menari2 menunjukkan protes masing2. Gampang sangat perangai bulu2 aku nih. Nasib baik Abang Zaid tanya kat aku nak tak air kopi tu. Dengan gaya paling sakai terus aku jawab, " Nak laaa!!". Serius, macam sakai sangat masa aku jawab tu. Hilang terus macho aku. Puuuuitt. Aku tak kisah, janji aku dapat rasa air kopi yang Perrrghhh tu!! Gila kau! Tengah hujan ala2 lebat tak lebat (ketika itu...), ditambah pulak dengan angin yang nak menerbangkan khemah tu pulak. Pekena lak dengan kopi panas. Rasa macam duduk dalam sauna sambil main PSP dan FB dalam masa yang sama. Perrrghh! Budak2 lain berbulu je tengok aku sorang dapat kopi. Sempat jugak Siti menyedut sehirup kopi tu. Macam sakai terus jadinya. Hahahahaa.... 

Masa tu Pikah, Dia dan seorang mamat yang tak dapat dikenalpasti identitinya datang ke majlis tu. Dah lama gila tak jumpa Pikah ngan Dia. Pikah baru admitted ward semalamnya. Dia masuk wad sebab tekanan darah rendah. Ok lah lagi tekanan darah rendah, kalo IQ rendah, boleh buat naik darah pulak orang lain melayannya nanti. Ringse weyh! 

Tiba-tiba kami dengar ada orang menyanyi lagu Happy Birthday kat dalam rumah. Aku memang tak teringat langsung masa tu sebenarnya bukan dua majlis aje K.long buat, tapi 3!! Termasuk birthday Ziyad dengan Adel. (Sebenarnya masa aku menaip ni pon aku baru teringat, tapi aku malas nak edit kat bahagian atas tu). K.long pon hidangkanlah kek coklat moist yang mabeles giler tu. Dah nama pun SEPAHTURIOUS, ko hidanglah apa pun. Memang kompom licin makanan tu. Kami ni tolak makanan haram & memudaratkan aje. Selagi halal makanan tu, kompom kami telan. Berhenti bila perut dah full aje. 

Lepas k.long hidang kek tu. Kami nampak pulak sebekas karipap panas2 dibawak keluar. Mata masing2 dah macam kena tarik dek magnet, dan magnet tu adalah karipap tu lah. Tak sempat seminit karipap tu ada atas meja hidangan, SEPAHTURIOUS dah rembat macam orang tak dapat makan seminggu. Karipap panas2 baru angkat dari minyak, kitorang makan macam baru lepas keluar dari fridge. Giler mentekedarah masing2. Perangai tah apa2 ntah. Aku aje yang behave sikit masa tu. Tak lama lepas tu aku K.long bawak keluar lagi kek coklat tu. Kali ni banyak sikit dari yang sebelumnya. Tak sampai seminit! Licin pinggan tu. Nasib baik aku sempat rembat sepotong. Aku nak behave2 pon xnaklah sampai kempunan. Punyalah laju budak2 ni rembat, lalat pon xsempat nak kejar. Sedangkan lalat dah aim nak cedok sikit dah kek tu, sampai2 aje kat pinggan dah kosong. Sia2 je usaha dia nak aim beria2 kek tu. 

SEPAHTURIOUS dengan aktiviti bergambar macam dah tak boleh dipisahkan. Aku yang memang tak suka bergambar ni pun dah banyak koleksi gambar. Kebanyakannya memang dengan geng2 Sepahturious la. Actually, aku memang tak ada koleksi gambar sendiri. Gambar2 yang ada dalam blog aku ni pon ehsan dari geng2 Sepahturious yang lain. So disebabkan SEPAHTURIOUS ni dah ada hobi kumpulan, K.Long pon suruhlah kami bergambar kat pelamin Iris. Pelamin ko nyah~~ 

Cantik tak pelamin Iris Tihani??
Gojes sangat kan!!





Tengoklah gaya orang tak suka bergambar tu posing. Cam lahanat sangat!
*gambar Angah harus di'STICKER'kan sebab... Malas ar nak citer*
Masa tengah nak menunggu Teha datang. Pikah ada lah bercerita sikit pasal pengalaman dia dalam wad hari tu. Dia ceritalah pasal dia tak boleh nak pergi tandas, then dia kena masukkan tiub (apa entah aku pun tak tahu) ke dalam ehem2 beliau untuk bantu dia 'menonton air pancut'. Ngilu aku dengarnya. Dia pun pesanlah kat kami supaya jaga kesihatan baik2. Bukan sebab dia take care sangat pon!! Tapi sebab bila time sakit tu, dia kata dia dah macam hilang separuh dara dia dah. OMG!! Aku kena jaga dara aku. Seriously, kena jaga kesihatan! Kena jaga!! Aku masa tu risau jugak sebab aku dah demam2, risau sebab sekarang ni musim demam denggi pulak tu. Lagi pulak aku tak tau keadaan sekitar rumah aku tu macam mana, risau kalau2 sebelum ni dah ada kes denggi. Kalau boleh sampai aku mati aku xnak ada pengalaman kena denggi. Aamiin. 

Akhirnya Teha pon datang jugak (walaupun dah lambat gila). Sebelum Teha datang tu, Pikah memang dah nak balik sangat. Tapi K.long suruh stay jap dulu sebab nak ambik gambar beramai2. Aku masa tu serius dah tak ada mood nak bergambar. Masa tu aku memang dah penat sangat2. Demam dan ditambah pulak dengan penat kerja xada cuti lagi time tu. Tapi K.long paksa juga, aku pon pikir lah, susah nak kumpul ramai2 camni. So aku kuatkanlah jugak. 



Aje cam gampang comel je muka aku dalam gambor nih.
Lepas ambik gambar ramai2 tu Pikah pun terus balik. Masih tak lupa dengan aktiviti comolot sebelum berpisah. Choooii! Pikah ngan Angah comolot paling lama, maklumlah~ Madu, kan! Kami yang tinggal tu sempat lah berborak sikit dengan Teha. Aku tengok Teha makan laksa. Baru aku perasan aku tak makan lagi laksa K. Long tu. Dan untuk mengelakkan aku kempunan tahap kuda kentut tak lepas, aku pon mencedok semangkuk laksa. Memang sedap tahap aku nak mencarut berduet dengan Teha. Aku syak K.long letak dadah jenis heroin dan extra berdialog dalam laksa dia nih. Kemain sedap lagi. Peerrgghh!! 

Lepas aje aku menghabiskan semangkuk laksa tu Angah terus menyatakan hasrat murninya untuk balik. Aku bajet2 cam nak rembat semangkuk lagi, tapi disebabkan aku kena menumpang Angah aku relakan jiwa jelah. Teha cam nak sentap pulak bila kitorang nak balik. Bagi dia memang kejaplah, kitorang ni dah lebih 4 jam kot duduk rumah orang. Bukan nak menolong masak pun. Tau mengabiskan aje. Hahahahahaa... 

Aku, Siti dan Faa pon menumpang Angah ke Bandar Tasik Selatan. Milo pulak tumpang Cyiraa. Angah lepas ni nak balik kampung dia. Gigih ko, esok nak kerja. Anak mithali uols. Bertuah Jep. Opsss~~ 

Ok, untuk pendekkan cerita yang memang dah di penghujung cerita ni, akhirnya aku selamat sampai ke rumah dalam kul 8 malam. Sampai aje ke rumah terus aku rasa lemau balik. Hahahahaa... Vangsat!!

No comments:

Post a Comment