Friday 22 August 2014

SEPAHTURIOUS Serang Open House Siti dan Aifa

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum mula cerita nak mintak jasa kawan2 untuk sedekahkan doa untuk kedua2 sahabat SEPAHTURIOUS kami iaitu Pikah yang masih terlantar di hospital sebab disyaki denggi dan juga suami kepada Fadz yang sekarang juga masih di hospital kerana demam kuning..

Semoga kesihatan mereka beransur pulih seperti sediakala. Aamin...
*Al-Fatihah*


.





.



.




.




.



.


Aku mendapat feedback yang memberangsangkan dari budak2 Sepahturious yang menggelejat dengan entri aku sebelum ini. Kata dorang lawak cam ***** (sila isi sendiri carutan tersebut). Dan setelah semua membaca dan masing2 dah mengaku terberak dalam seluar selepas membaca entri tersebut (maaf, tiada testimoni), masing2 suruh aku sambung entri tersebut - cerita pasal perjalanan balik dari Kulai ke KL pulak. (Memang aku takde kerja lain nak buat... Memang~)

Huhuhuuuuu.... Taklah, aku akan ceritakan perjalanan pulang tu kemudian je kot.
(Mungkin juga tidak! Suke ati kitew arh)

Ok... Sekarang aku nak cerita perjalanan AKU ke open house Siti dan Aifa. Yea AKU! Bukan ko yang tengah baca entri. Bukan, serius bukan. Kenapa mesti aku? Sebab aku pon nak BLOGGER femes jugak punya cerita, aku manalah tau kau punya cerita.
Aduyaaaaiii~

Macam biasa la, malam sebelum tu aku dah try tidur awal. Adalah dalam jam 10 malam aku dah lelapkan mata. Tapi aku dah terjaga dalam jam 2 pagi sebab tiba2 aku rasa nak pergi 'menonton air pancut'. Dalam masa aku nak 'menonton' tu, aku dah agak, lepas ni mesti aku tak boleh sambung tidur. Dan ternyata, sangkaan aku benar belaka. Aku tak boleh tidur~
(T_T)

Jenuh dah aku main FB, pastu tgk IG, kendian retweet Tweet orang dan tak lupa... Aktiviti kesukaan aku -- korek hidung. Dah buat macam2 dah... Tak jugak nak lelap mata aku. Sampailah jam 5 pagi, K.long post kat group WhatsApp. Aku yakin sangat dia pon terjaga sebab nak 'menonton air pancut'. Dah rutin dia bangun time2 macam tu sebab nak 'menonton'. Dia kata dia memang dah terlatih dari awal, siapa yang melatih dia, tak mahulah aku nak ambik tau.

K.long seronok sangat bila aku setuju nak buatkan blog untuk Sepahturious. Memang cerita pasal aktiviti dan event budak2 Sepahturious - with & without Sepahtu. Untuk suka2, untuk hilangkan boring. So kepada peminat Sepahtu janganlah terlalu mengharapkan cerita Sepahtu (Jep & Shuib) dalam blog aku ni yea. Harap sangat2~

*buat masa ni, blog ni masih buruk lagi sebab still under construction. Aku sekarang memang SUPER busy*
(sekarang pon masih kat opis woooii)

-sambung balik cerita-
Dalam kul 6 aku dah tertidur balik, terbangun semula dalam jam 10 lebih. Mampos aku! Aku nak kena cepat2 pergi Serdang sebab K.long yang akan ambik aku dari KTM tu ke rumah dia. Aku pon nak cepat2 ke rumah K.long sebab aku nak tengok cerita Bujang Sepahtu Kepok Bonda (Astro ni main tukar2 tajuk pulak dah).

Aku dah sampai KTM Salak Selatan kira awal la. Sebelum jam11.30 aku dah ada kat KTM tu. Tapi jadual dari 11.30 tunda ke 11.41, lepas tu tunda lagi ke jam 12.11. 

Apekah semua ini???
Cerita Sepahtu tu dah la start jam 12 tengahari. Train ni nak lambat2 pulak. Akhirnya train pon sampai jugak, agak awal SIKIT dari jadual paling latest dia bagi. Tapi tetap dah lambat. At least kuranglah sikit aku nak mencarut tengah hari tu. (walaupun dah 2 bakul penuh aku mencarut sebelum tu) Hahahahaa...

Dalam hati dah sedih gila sebab cerita Sepahtu mesti dah start. Nurul post gambar Jep dan Shuib dalam cerita tu kat dalam group WhatsApp. Menambahkan rasa bengang dalam kepala otak aku. Papepon aku update IG dan FB Page dulu. Konon2 macam aku tengah tengok tv lah time tu. Sedangkan aku sedang bermandi hujan gerimis di KTM Serdang. Segerimis hati aku yang sedang bersedihan tak dapat tgk intro citer tu.

K.long sampai je kat KTM tu terus nak aku cepat2 naik kereta. Maunya tak nak cepat. Adik dia tengah bersiaran kat tv time tu. Nasib baik dia tak jotos kepala aku sebab lambat. Kami sampai ke rumah K.long pon dah dalam setengah jam cerita tu main. K.long tak menyempat terus pasang tv nak tengok Sepahtu. Sampai kipas untuk tetamu kehormat macam aku pon dia tak pasangkan. Jangan kata kipas, kuih raya pon dia suruh amik je yang dalam balang plastik atas meja tepi aku tu.
*hampeh!!*

Cerita Sepahtu tu memang kelakor tahap lahanat la. Memang spontan habis dorang bertiga tu (Termasuk Ilya yang berlakon sebagai bapak dorang). Geram je aku, rasa nak sekeh aje kepala dorang sebab buat lawak level 99. Cerita ni memang best la. Bukan sebab aku peminat setengah mati Sepahtu, aku nak kena kipas dorang sampai dorang terbang tinggi. Bagi aku cerita ni ada mesej dia yang tersendiri. Nyongen, nyongen juge... Eah! Lawak, lawak juga, tapi ada mesej di sebalik gelak ketawa cerita ni. Dan kalau fans Sepahtu perasan, Sepahtu ada bagi wish khas untuk semua fans dia kat credit title cerita tu. Kalau perasan lah. Kalau tak perasan, tengok balik ulangan cerita tu nanti.

Sementara tengok cerita tu aku sempat jugak main dengan kucing k.long.
Kemain lagi manja budak kucing ni..
*mohon nurul jeles dengan kegedikan budak kucing ni*
Aku pikir2 la k.long ni jam berapa dia nak gerak ke rumah Siti. Aku dah tak sabar sangat2 nak menyantap makanan kat open house Siti nih. Rupa2nya dia tengah tunggu Teha dan Farah. Dorang pon join ke rumah Siti dan Aifa nanti. Kami pon tunggu je la. Agak2 dalam jam 4.30 kami pon keluar lah dari rumah. Teha tunggu kat tepi jalan aje. Kami dengan hensemnya terus ke rumah Siti.

Bila sampai je kat Kg Melayu Tambahan tu, mencari-cari jugak rumah si Siti ni. Rupa2nya rumah dia strategik gila! Tapi rasanya tak payahlah mention kat mana. Rumah orang kan, tak pasal2 ada pulak yang nak aim rumah si Siti ni nanti. Aim nak hantar rombongan meminang. Siti kan cantik cam Saloma~
*puuuuiitt*

Actually, memang tak sangkalah rumah Siti dekat area situ. Sebab tengok Siti ni macam... (mmm, malas lah nak mention. Hahahaa). Mati2 ingat dia sewa tempat tu sebab saja nak buat open house, rupa2nya memang kat situ lah rumahnya. (saja nak panaskan orang yang masih xdapat teka rumah Siti kat area mana). Tapi ke-un'sangka'able-an kami tu tak lama sangat, sebab perhatian kami dah beralih kepada makanan2 yang dihidangkan kat atas meja.
Hahahahahahahaa...

Nasi himpit lawan dengan lontong. Nak sabung dia dengan rendang tu pon xde hallah!!
Mee kari meletop bergegor berkeladak tahap matilanaaaakk tambah lak ngan telur penyu.
Ko ghase??
Ada jugak cendol smooth tapi gambor tak ada. Xsempat nak tangkap gambar. Ni pon gambor ehsan dari Siti sebab tu suasananya malam.
Kami tak singgah lama kat rumah Siti, sebab nak ke rumah Aifa pulak. Agak dalam sejam jugak perjalanan nak ke rumah Aifa nanti. So kami pulun makan cepat2. Nasib baik tak tersedak. Aku kalo dah tersedak kompom sampai menangis2. Sedih betul perasaan tatkala tersedak tu. Rasa macam kena gigit ngan kucing lah perasaannya.

Nak ke rumah Aifa ni pon satu hal. Kemain kami sesat ntah ke mana alam. Si Aifa ni pon satu, dia kata jumpa Carrefour, tapi Waze bawak kami ke AEON Big. Dah nak menangis dah kami dalam kereta sebab tak jumpa Carrefour. Bila call Aifa rupa2nya Carrefour tu dah tak ada, dah tukar AEON Big. Serius! Masa tu kalau Aifa ada kat depan kami memang cerah dapat penampor ngan penumbuk kami. Ko ingat kitorg ni memang duduk area situ? Aisyh~ Seb bek ko nak bagi makan free...

Adik dia pon datang la kat kami sebab kami masih tak sure kat mana kami duduk & macam mana nak ke rumah Aifa. So kami follow je la dari belakang kereta adik dia tu. Aifa bagi landmark tah papeeeee ntah. Yang boleh pakai traffic light ngan jejantas je. Gerai makan ngan jalan nak masuk rumah memang tak jumpa laaa... Lagi2 dah maghrib time tu. Nasib baik adik dia ada,tau. Nasib baik laa...

Sampai2 aje, kami tengok kereta Angah dah tersadai kat depan rumah Aifa. Tercari2 jugak mana Angah ni. Then, kami terperasan ada tiang bendera kat rumah Aifa ni. Aku dengan K.long masing2 dah buat punchline untuk MLM2014 nanti. Terkekek2 macam cipan buasir dalam kereta. Tah pehape ntah, sendiri buat lawak sendiri gelak. Camne lah nak dapat 4 bintang dari Nora Vanish??

Kami pon turun dari kereta dan buat muka tabah. Kengkonon taknak nampak gayat sangat nak makan lah. Walaupun masa tu, kemain lagi menggelupit nak serang makanan atas meja tu. Aku seperti biasa, tanpa disuruh mahupun dipaksa, akan serang kuih raya rumah orang tu dulu. Cyira sampai tegur aku. Hahahaa... Aku tercari2 k.long. Kemanakah beliau? Rupa2nya dia pergi 'menonton air pancut' lagi. Aku pon tak boleh tahan. Aku pon nak jugak 'menonton' so aku pon masuk la ke dalam rumah Aifa. Tapi nak mengelakkan aku terlalu ghairah nak 'menonton' aku menyempatkan diri untuk bersalaman dengan famili Aifa. Tetiba aku nampak kembar Aifa, sumpah weyh, kalau Aifa xmengaku diri dia tu 'Aifa' masa mula2 kami sampai tadi, mati2 aku tak dapat cam. Disebabkan xada siapa pon yang memaksa aku buat pengecaman dua manusia kembar itu, aku terus pergi ke tandas untuk melepaskan hajat aku. Dekat luar tandas tu dah ada budak menunggu nak mandi, disebabkan hasrat aku untuk 'menonton' sangat membuak2. Aku buat2 tak nampak je budak tu. Hahahahaaa.... Wakakakaaa...
*tak baik kau bantutkan niat akak nak 'menonton' dik, dah hujung2 sangat dah ni*

Sebaik habis aku 'menonton', terus aku sambung makan kuih raya. Nasib baik aku sempat basuh dengan sabun dalam tandas tadi. Aku memang seorang orang yang menitik beratkan kebersihan. (Percayalah!!)

Aifa tak menyempat pulak suruh aku makan makanan berat. Giler kau! Takkan aku nak menolak? Terus aku rembat ketupat palas beliau dengan sesudu kaya. Dah lama aku teringin nak makan camtu sebab Aifa selalu perhangat citer kat dalam WhatsApp makan macam tu sedap. Bila aku makan, aku rasa macam... (-_-")

Oklaa... Xlah terlalu out rasanya. Tapi aku tetap merasakan ketupat palas sangat sedap kalo dimakan dengan serunding atau rendang. Mungkin jugak sebab aku tak berapa suka makanan manis. Mungkin... Walaupun rasanya tak terlalu in dengan taste aku. Habis jugak 2 ketul ketupat palas tu aku bedal. Keh keh keh... Kendian aku mengutip beberapa ketul kuih seri muka dan puding caramel bertujuan untuk menaikkan seri muka dan memaniskan mulut aku yang dah sedia seksi ni.

Lepas dah taste benda2 manis, aku kaut pulak nasi hujan panas berkuahkan lontong kaw, tambah ayam masak merah berduet dengan ikan keli goreng sambal. Memang menggunung nasik kat pinggan aku tu. Memang macam tak boleh nak tambah lagi la cara aku makan tu. Hahahaha... *buruknye perangai aku*

-selingan-







Merembeskaaaan tengok makanan kat rumah Aifa
*sori gambar gegar sket... Biasalah kalau Aifa yang ambikkan*
Aku baru je nak menyuap nasi tu dalam mulut aku, Cyira bagi cadangan nak tangkap gambar beramai2. Memandangkan dia dah nak balik rumah sebab adik dia yang join sekali tu tak berapa nak sihat. Dengan tangan yang bergelumang sedikit kuah lontong dan ayam masak merah, aku gigihkan jugak untuk join tangkap gambor. Dan hasilnyaaa...

Nyampah tgk muka Angah...
Hahahahaaaa
Then aku cepat2 sambung makan semula. Gila ko nak biar2 je nasik aku tu lama2. Nangis lak dorang nanti. Aku makan sambil berborak dan mengutuk2 K.long, Teha dan Angah sebab dorang duduk kat tempat yang banyak nyamuk. Seronok gamaknya kena gigit ngan nyamuk. Lepas aje habis aku makan nasik tu, aku dah terasa sengkak sikit perut. Aku lepak dengan dorang kat tempat yang aku kutuk sebelum ni. Tapi masa aku duduk tu Alhamdulillah nyamuk xgigit aku. Mungkin dorang dah kenyang dapat gigit ketiak Angah yang berbau tomyam udang tu.

Bila dah dapat berkumpul ramai2 macam tu, apalagi? Bergosip ajelah kerja budak2 Sepahturious ni. Apa yang kami gosipkan memang tak lah aku nak cerita kat sini. Sebab aku pon dah lupa apa yang kami gosipkan. Kalau aku ingat pon, memang aku takkan masukkan jugak. Apa yang kami borak kerahsiaannya dah tahap RAHSIA KERAJAAN. Borak punya borak, punya borak, punya borak... Teha tegur aku, 

"dah abis makan ke?"

Aku jawab "tunggu la kejap lagi..."

K.long pulak menambah "tunggu apa lagi, pasni nak balik dah..."

Geram je aku dengan jawapan K.Long. Tak senang benor mata dia ngan perut aku yang sedang berehat2. Aku pon terus berdesup mengutip nasi impit dan kuah lontong. Aku memang giler nasi impit dengan kuah lontong ni. Mau mengigau tido aku nanti kalo aku tak makan sedangkan rumah tu dah sediakan juadah tu. Sungguh dasat penangan lontong ke atas diriku. Aku makan slow2 dengan penuh ketabahan sambil mendengar dan mencelah sikit2 dorang bergosip.
*gosip lagi? Hahahaaa...*


Sempat jugak nak menangkap gambar sambil bergosip
Habis aje makan juadah terakhir aku tu, dorang memang betul2 nak balik. Ketahian sungguh!! Perut aku sengkak woooiii.. Betul2 nak meletup dah rasa. Dorang pulak nak tangkap gambar kat tiang bendera. Aku harapkan dorang tak buat lawak bodoh time tu, perut aku dah sengkak giler cadbury dah. Risau gak kot2 dorang nak berkawad macam Jep buat dalam citer Sepahtu tadi tu. Mau aku jolok lubang hidung dorang guna tiang bendera tu nanti.


Alhamdulillah... Dorang tak buat aksi2 yang aku cakap kat atas tu mahupun aksi2 tarian tiang kat tiang bendera tu.
*k.long pantang sebenornye nampak tiang2 nih*
 Kami sempat jugak berlawak sebelum balik. Kengkonon sedihlah sebab nak berpisah malam tu. SEPAHTURIOUS kaaan... Drama Queen tahap Silat Lagenda. Poyo je lebih masing2. Lagi2 Angah tu!
*Angah lagi yang kena*

Masa nak balik tu, KAMI SESAT LAGI!! Hahahahaa... Ntah kemana2 la Waze ni bawak kami. Sampai ke rumah K. Yan pon dah malam sangat2. Nasib baiklah aku dan K.Long memang tidur rumah beliau. Teha dan Farah sempatlah main2 dengan Ziyad, Adel dan Iris. Beria Teha tergamam tengok Iris. Iris besar tegap, tak padan umur 4 bulan. Aku tak lah teruja sangat sebab aku dah pernah tengok baby besar macam Iris tu
-- Anak sedara aku sendiri. 4 minggu pon dah macam 4 bulan.

Kelakor gila Iris nih. Kemain lagi ringse dia tu dengan K.long. Membebel2 tak nak dekat ngan K.long. Aje nak kena gigit je hidung K.Long tu kalau dia suakan muka dia kat Iris. Kami tidur dalam pukul 12 malam. Iris dan Adel sibuk ajak bertinju. Aku layankan ajelah. Geram aku tengok Adel. Senyum penuh niat jahat je...
*hahahahaaa....*

*  *  * KEESOKAN HARINYA *  *  *

Aifa pagi2 lagi dah ajak kitorang datang balik ke rumah dia sebab makanan giler bapak banyak berlebih. Aku dengan K.long pon dah pikir2, nak pergi ke taknak? Pergi ke taknak? K. Ayu pon ada ajak ke rumah dia. Dia buat open house. Jenuh pikir...

Dari pagi bawak ke tengah hari
*Aifa tanya lagi*
Dari tengah hari bawak ke petang pulak
*Aifa tanya lagi*
Akhirnya kami pon setujulah nak pergi. Memandangkan kesian tak ada siapa yang nak habiskan makanan kat rumah dia.
*percayalah ini semua benar!!*

Kami memang dah cadang dengan Angah untuk datang umah Aifa petang tu. Tapi disebabkan Angah terperangkap kat kesesakan area Seremban gamaknya, kami pon nekad nak balik dulu. Kami terpaksa lupakan saja kat Angah untuk mementingkan diri sendiri. Yelah, esok Isnin. Nak balik awal. KERJA!!!
*walaupun aku ponteng Isnin tu*

Pedih tak ulu hati lu orang tengok gua selfie dengan Nasi impit??

Nak dipendekkan cerita, perjalanan balik kami lagi cam ***** sebab Waze ni memang nak mintak penumbuk gamaknya. Ntah kemana alam dia bawak kami. Aku dah taip betul2 dah LRT SG BESI!!! Dia bawak kami kat jalan sungai besi. Aku dapat orang yang suara dia yg digunakan untuk Waze tu.. yang selalu cakap "You arrived your destination" tu, memang aku tumbuk2 dagu dia jadi cupcake.

Oklah... Setakat ini je lah cerita aku untuk entri kali ini. Malas nak borak panjang.
*sebab dah nak dekat 11.30 malam dah, gua nak balik!*

ASSALAMUALAIKUM!!















No comments:

Post a Comment