Sunday 31 August 2014

SEPAHTURIOUS Terjah Game Super Lawak FC di Stadium 3K

Sebenarnya aku dah terlupa nak update pasal kami pergi tengok perlawanan SLFC dengaaaan.... Ntah! So sekarang aku nak cerita lah yea. Perlawanan tu buat Rabu Malam kat Stadium 3K.

Masa aku dapat call dari K. Long, time tu aku memang busy tahap main game Street Fighters final level laa. Dia tanya aku kenapa tak tengok WhatsApp. Ek eh?! Memang koje aku tengok WhatsApp aje pon. Hahahaa.. Aku time tu nak tengok jam pon tak sempat. Tapi yang pasti aku dah OT dah time tu. Dia pon bagitaulah aku, malam ni SLFC ada game kat 3K. Dia tanya aku nak join or tak. Memandangkan aku memang giler busy tahap Super Saiya, aku dengan riaknya jawab aku tak pergi. (sebenarnye sedih giler sebab xdapat nak join. Wuwuwuuu~)

Aku bajet2 kami akan OT sampai kul 12 malam lah. Tapi Bella pulak kata nak balik jam 8. Bos pulak dengan penuh hensemnya menjawab nak hantarkan ke Maybank (dekat dengan LRT Salak Selatan). Aku pon cam nak join sekaki. Aku pon terus menge-call K.long dengan penuh taksub. Dengan harapan beliau tak gerak lagi ke 3K. Sebab aku masa tu masih ada harapan untuk menyendatkan keretanya. 

At last, K.long pon inform balik kat aku, aku sempat nak join pergi sana sebab dia pon belum sampai rumah lagi. Dia time tu pergi tengok rumah baru dia yang sekangkang lipan bara je dari rumah dia yang sekarang ni. Disebabkan aku pon dah tak sempat nak balik mandi, so aku pon mengambil kesempatan untuk menggunakan body perfume The Perfume Story yang tester punya. Aku rasa aku pakai yang Mont Blanc Legend. Yaa!! Aku memang suka diriku berbau jejantanz. Sebab itu aku memang kelihatan macho dan berjanggut. (Ape aku merepek nih?)

Aku sempat bawak bekal lebihan sate yang en. Bos belikan untuk kitorang tadi. Sebelum bebudak lelaki kat belakang tu rembat, baik aku yang sebat. Muakakaaa!! Kebetulan memang aku tak lunch lagi hari tu. Sate tu pon aku sempat makan 3 cucuk je. Sampai aje aku kat LRT Sungai Besi, aku nampak Siti dah menunggu dengan penuh syahdu kat kerusi. Aku nampak dia bawak bungkusan nasi lemak. Seronok perut aku melihatnya. Eheheee...

Aku pon makan lah bekalan sate yang aku bawak tadi. Agak kureng sedap sebab dah sejuk. Tiba2 aku termakan sate yang xcukup masak. Cam haromjadu rasa dia. Terus aku rasa nak termuntah. Nasib baik Siti belikan air mineral. Boleh aku cuci2 lidah aku. Dugaan betullah bila tengah lapar dapat pulak makanan yang macam itu rasanya. Nasib baiklah sate tu orang belanja. Kalau memang aku yang pergi beli guna duit sendiri mau aku patah balik ke kedai tu dan suruh dorang masak balik sate yang xcukup masak tu. Gigih kan!

Dalam 5-10 jam minit kami tunggu k.long. Akhirnya beliau pon sampai dengan Vellfire Jep Satria hijau dia. Dalam perjalanan ke 3K tu K.long pon ceritalah pasal Jep call dia semalam kata suruh datang tengok dia main bola. Mulanya K.long kata xpergi sebab dia pon busy nak pindah rumah. Lagi pulak Ahad tu dia nak buat majlis kat rumah. Busy benor lah katanya. Tapi disebabkan Jep Yang Memujuk (bukan Safee Yang Menunggang, ye), cair terus K.long. (K.long... Biase laaa... Huh!). Jep kata dah lama tak jumpa ramai2, masa ni lah nak jumpa. Terus menggelupit dia mengajak kami turun tengok adik dia main bola.

Aku sebenarnya kalau tak dapat pergi pun bukanlah ralat sangat. Cuma aku memang boring duduk rumah ni. Aku tak tau nak buat apa. Terbantut akal aku bila dok rumah ni sorang2. Ada masa aku buat kerja aku sikit2 - designing. Tak pon tengok movie yang doblas kali dok ulang benda yang sama aje. Takpun buat draft untuk blog yang akan aku masukkan esoknya (macam yang tengah aku buat sekarang) memandangkan kat rumah aku tak ada internet. Aku sangat2 boring duduk kat rumah!!! Cuti merdeka 3 hari ni memang aku mengadap laptop untuk tengok movie, menaip blog, buat kerja aku sikit2 dan mengarang novel sulung aku tu aje lah. Nasib baiklah laptop aku ni masih berfungsi dengan baik. Sekarang hempon aku plak buat hal!!! Aku tengah tak ada duit ni, tolonglah jangan jahanam.
(Apasal aku keluar topik nih?)

*Sambung cerita balik*
K.Long & Siti macam kompiden je nak pergi ke stadium tu. Last2 dah tersesat. Maybe dah terlepas mana2 simpang. Mana tak terlepas simpang??? Siti kata KANAN, tapi tangan tunjuk KIRI. Rasa nak santet aje budak ni. Nasib baik dia bawak bekal nasi lemak. Nasiblaaa... Kalau tak, ade yang hilang 'nasi lemak' aku suruh 'Aifi' gigit nanti.

Akhirnya, K. Long pon suruhlah aku bukak Waze. Aku sebenarnya macam dah xsebulu dah dengan Waze ni. Kira macam dah bergaduh lah. Kalau aku bukak Waze aje mesti dia bawak ntah kemana2 aje nanti. Dan sangkaan aku benar lagi. Ntah kemana alam si Waze ni bawak. Seriuslah! Kalau aku jumpa orang yang cakap2 kat Waze nih, memang aku tumbuk halkum dia sampai beguk. Kuajo sangat! Memang sengaja cari pasal dengan aku.

Dipendekkan cerita, kitorang sampai jugaklah ke stadium tu. Game pun dah lama bermula. Dan kitorang tak sedih langsung terlepas tengok game tu sebab SEJUJURNYA, kami datang nak tengok Jep je pun.
Yea! KAMI NAK TENGOK JEP JE PUUUUN! 
(Kalo ada Shuib sekali lagi best, tapi malam tu Shuib xdapat join)

Tapi masa kami sampai tu Jep x on game. K. Long pulak buat ayat2 sedih sebab tengok keadaan Jep. Aku pulak yang memang xada perasaan sedih ni hanya tengok ajelah Jep masa tu sambil makan Nasi Lemak Sambal Sotong Siti. Jep seolah2 keseorangan, kesepian.... Mungkin sebab Angah belum datang lagi kot masa tu.
Oppss~

Tak lama lepas tu Jep pon masuk game. Baru aje dapat bola tiba-tiba dia jatuh. Muka Jep cam tak puas hati lah kan sebab tiba2 jatuh. K.Long & yang lain2 semua macam...
"Aooooouuuchh~ "
*Feeling teruk betul dorang ni, kan!*
Hahahaa... Aku pulak memang susah nak menghayati watak Jep ni. Mungkin sebab feeling aku kat orang lain kot.
Aaaaw~ Malu la titew!!
*cam Baaaaa...*

Tapi tak lama pastu rentak permainan Jep makin bagus. Dan beberapa minit pastu Angah pun datang dengan baju tidur malam keberapa ntah. Kemain ko ye Ngah~ Patutlah Jep kemain bersemangat lagi main. Auranya dah sampai...
Opppsss!!

Malas nak borak panjang, sebab kami lebih kepada bergosip sesama kami daripada menonton game tu. Hahahahaa... Pompan sangat molot!!! Macam mana tak bergosip? Ada pulak bahan yang nak digosipkan. Aifa dan Aifi pakai sedondon lagi kaaaau!! Jodoh kuat gila lah. Kitorang rasa serba salah pulak nak redhokan hubungan mereka. Aifa budak kami, Aifi pulak... Hmmm.. Malas borak laa... Sampai dah tak tau dia ni budak mana sebenarnya?

Macam biasalah. Abis game mesti ada sesi bergambar bersama Jep. Sementara tunggu Jep nak keluar tu kami berboraklah kat kereta. Aku dengan Angah tengah mengenal pasti pemilik2 kereta kat luar tu. Angah mati2 tak nampak Bantley (betul ke aku eja ni?) milik Dato AC. Aku pon iyekan aje kereta yang dia claim itu kereta Dato AC. Aku tertumpu kat kereta katak warna gold yang ntah sape punya aku pon tak tau. K.long pulak, of coz la melekat kat Vellfire Jep aje. He'eleeeeeh...

Aku tak tahulah apa yang dorang borakkan kat sana. Tapi tiba2 riuh bila K.Long mengganas tiba2. Bila dirisik2... Astaghfirullah Al-Azim. Sanggup k.long buat macam tu?? Sanggup dia beduk kawan si Cha yang tak bersalah dan baru nak berjinak2 dengan dunia SEPAHTURIOUS nih. Aku tak tahulah apa sebabnya dia beduk budak tu, tapi aku risau ni kali pertama dan terakhir dia join aktiviti SEPAHTURIOUS. Hari first dah dapat cop mohor dari K. Long.

PESANAN UNTUK K.LONG!!
Tolonglah jangan terbawak2 sangat cara K. Long masa jadi K. Long kawasan Serdang terima ahli gangster baru cam zaman muda dulu2. Ni SEPAHTURIOUS la K. Long. Bukan KL GANGSTER!!! Eh shiallah~ Puuuit!

Ok, nak dipendekkan cerita yang dah makin merepek2 ni, dorang pon dapatlah tangkap gambor dengan Jep. Aku? Aku malas nak tangkap gambar. Fokus aku sebab nak jumpa geng2 Sepahturious aku je sebenarnya. 






Inilah kawan Cha yang jadi mangsa kerakusan K. Long Gangster
Kemain ko kan Ngah...
Aku acah2 jadi model kerepek pisang Aifa...
Comel sungguh model tu
*muntah please!*




*    *   *   *   *   *    *   *   *   *



 Berikutan gosip yang melanda Jep baru2 ni. Aku sebenarnya memang taknak ambil tau sangat. Bukanlah sebab aku tak suka Jep, bukan jugak sebab aku rasa Jep langsung tak bersalah dalam hal ni. SEMUA ORANG BUAT SILAP, GUYS!!
SEMUA ORANG!!!

Aku dengar jugak cerita dari 'mereka' yang boleh dipercayai. Yang 'TAK BOLEH PAKAI' pon aku dengar jugak. Aku boleh aje dengar dari dua2 pihak, tapi cuma terfikir jugak, kenapa pihak yang satu lagi tu TAKNAK bercerita kepada kami sedangkan KITA saling mengenali. Kenapa perlu bercerita dengan peminat2 Jep yang goyah semangatnya? Goyah sokongannya? Kenapa ea? Sedangkan, kalau betul cerita KAMU tu BETUL, BENAR dan TULEN, kenapa perlu takut untuk sampaikan kisah buruk Jep tu dekat kami jugak? Kami bukanlah peminat yang BODOH, yang nak mendewa2kan Jep dan Shuib. Kami pon pernah nampak sisi buruk mereka yang kami tak suka. Tapi sebagai peminat, yang menyokong kerjaya mereka. Kami tegur selagi boleh, selagi mereka boleh ubah, insyaAllah mereka ubah.

Dan apa yang aku tengok, mereka memang dah buat yang terbaik untuk peminat dorang. Cuma, yelah... Manusia ni tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat. Dah diberi betis, nak paha. Dah diberi paha, nak dada. Bila tanya nak penampar, tak? Taknak pulak jawabnya. 

Bila dah tak dapat apa yang mereka nak, mulalah dok canang sana sini. Mamat ni sombong, riak, bongkak... Orang yang dulu kau kutuk, kau hina... Mula kau angkat jadi wira. Sekarang mula lah kau nak banding2kan orang tu dengan orang ini. Orang yang seronok tengok orang lain jatuh mula nak tiupkan kata2 benci dekat 'mereka' yang goyah ni. Senang kan kerja? Modal tak payah banyak, cukup kata Jep ni memang sombong, bongkak hanya semata2 dia tak melayan fans dia seperti mana KORANG melayan. Dan fans yang memang goyah tu pun tiba2 macam tersedar.
Yelah, JEP MEMANG SOMBONG!!


JEP MEMANG POYO!!
--sebab dia tak nak bergambar peluk2, rapat2 dan comolot dengan korang!

JEP DAH MAKIN RIAK!!
--borak kencang macam dia sorang aje yang boleh menang!

JEP BERLAGAK!!
--semata2 dia tak join korang lepak makan, berlibur bagai!

Aku tau, haters & haters wannabe dia akan menafikan apa yang aku cakap ni. Kononnya,
'kau tak pernah rasa dihina, bolehlah kau nak cakap Jep ni baik segala'.
Silaplah! First time aku jumpa Jep aku dah nampak sisi buruk dia yang sampai sekarang aku masih tak suka, dan sebab itulah aku tak selfie dengan dia. Bukan tak pernah! Tapi aku tak post kat mana2 pon. Juz nak bagitau, walaupun aku pernah nampak dan masih tak suka perangai buruk Jep tu, aku tak pernah cuba nak jatuhkan dia!! Begitu jugak artis2 lain yang aku tak suka.
AKU TAK PERNAH JATUHKAN SEMANGAT MEREKA!!!

Kebanyakan artis yang aku tak suka ni nampak sangatlah nak kejar POPULARITI lebih dari mencari REZEKI. Kau kejar populariti, kau pijak orang lain untuk kau dapatkan rezeki? Fikirlah! Kau ada anak! Kau ada bini! Dengan rezeki macam itu kau nak bagi mereka makan?

*    *   *   *   *   *    *   *   *   *

Dekat sini aku nak mengaku. Ya! Aku pernah kutuk Jep! Aku pernah kritik dia! Aku juga pernah buat benda yang sama dekat Shuib. Sebab pada aku, orang yang kita minat kita perlu juga tengok sisi buruk mereka yang kita tak suka. Bukan bodoh2 hanya pandang kebaikan mereka macam mereka tu malaikat tak pernah buat silap!
Tapi sekali lagi aku nak ingatkan...
--Aku tak pernah jatuhkan semangat mereka.

Dan kepada artis yang aku tak suka. Aku perhatikan aje perangai mereka. Aku tak pernah cakap sikit pon pasal mereka dekat public. Cukuplah sekadar aku tau perangai mereka macam mana. Aku pon tak perlulah nak gigih jadi agen tak berbayar untuk sebarkan rasa benci kepada orang lain. Bodoh sangat perangai kalau dah tua2 buat perangai bebudak macam ni. Ko ingat comel? Rumah ada cermin? Ade ke tak? Pergilah tengok, Bitch!!

kbai...

Kelakor lak aku tengok gambor nih!!

No comments:

Post a Comment